Semakan Online
Cara Mohon Online ePrasekolah ~ Kemasukan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021
Bagaimana cara daftar kemasukan murid ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)? Panduan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang berkelayakan untuk kemasukan ke PraSekolah KPM. Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, permohonan Prasekolah KPM untuk sesi persekolahan tahun 2021 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April (Online) dan 31 Mei 2020 (Manual).
Pendaftaran kemasukan ke PraSekolah 2021 boleh dibuat secara atas talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Pendidikan Prasekolah adalah satu program pendidikan yang menyediakan pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
EPRASEKOLAH KPM 2021
Bagi permohonan online, layari portal rasmi MOE dan sila baca manual permohonan ini dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Tarikh Permohonan:
Pendaftaran kemasukan ke PraSekolah 2021 boleh dibuat secara atas talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Pendidikan Prasekolah adalah satu program pendidikan yang menyediakan pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
EPRASEKOLAH KPM 2021
Bagi permohonan online, layari portal rasmi MOE dan sila baca manual permohonan ini dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Tarikh Permohonan:
Online: 1 Mac – 30 April 2020
Manual: 1 Mac – 31 Mei 2020
Syarat Permohonan
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
CARA PERMOHONAN ePRASEKOLAH KPM 2021
i) E-Prasekolah Online
Kaedah pertama permohonan adalah melalui pendaftaran secara atas talian. Permohonan boleh mengakses laman sesawang ePraSekolah melalui pautan berikut :-
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu
Applikasi Permohonan : https://eprasekolah.moe.gov.my
Manual Pengguna : E-Prasekolah Ibu Bapa
Manual Pengguna : E-Prasekolah Ibu Bapa
Nota Penting
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran
- Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2020
- Ibu bapa/ penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020
ii) Permohonan Prsekolah Secara Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2020
Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Murid Prasekolah Pendidikan Khas
- Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan
- Surat penempatan oleh JPN/ PPW/ PPD
- Pengesahan dan pendaftaran
Status permohonan/ keputusan Prasekolah tahun 2020 boleh disemak secara online pada 5 Ogos 2020. Pemohon boleh mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA.
Untuk permohonan Prsekolah yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran. Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020.
Selamat membuat Permohonan PraSekolah KPM 2021 secara online di aplikasi e-Prasekolah. Moga ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftar murid ke PraSekolah KPM berjaya dalam permohonan mereka.
Post a Comment
0 Comments