MGID ads

Kompilasi Foto Polis datang 'Beraya' Hari Pertama Aidilfitri di Seluruh Negara



POLIS dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan rondaan di kawasan perumahan serta kediaman pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan seperti penjarakan sosial ketika berhari raya.

"Sewaktu perayaan pihak polis akan meronda, jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman yang berkaitan daripada segi jumlah yang berada di rumah.

"Mungkin ada yang menganggap, takkan polis nak kawal rumah. Betul, tak mungkin semua tapi saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, polis dan ATM bersetuju untuk bergerak bagi memastikan SOP dipatuhi," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.









Image may contain: one or more people and outdoor

Post a Comment

0 Comments