Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Pelajar IPMA ~ Mohon Segera!
KHUSUS UNTUK SEMUA PELAJAR IPMA TERMASUK KKTM, MJII & IKM
Kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi berikut dan ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian, anda boleh memohon;
- Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) ;
- Amaun maksimum SKIP IPMA adalah sebanyak RM3000 sahaja.
- Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 FEBRUARI 2021.
SENARAI INSTITUT PENDIDIKAN MARA YANG TERLIBAT DALAM SKIP
Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat di bawah skim ini adalah:
- Kolej MARA
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA
- MARA Japan Industrial Institute (MJII)
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
- Kolej PolyTech MARA (KPTM)
- German Malaysian Institute (GMI)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKIP
Berikut adalah Syarat Kelayakan:
1. Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:
- Persediaan / Pra Universiti
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
- Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
- Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
- Ijazah Sarjana Muda: Tidak melebihi 45 tahun
- Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
3. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian.
4. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari https://www.mara.gov.my/
Post a Comment
0 Comments