MGID ads

Peluang kerjaya berserta latihan khusus melalui Selangor Kerjaya ~ Ikuti 5 langkah mudah ini !

 



Program Selangor Kerjaya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan.


Calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos.


Cara Memohon (Daftar)

Untuk memohon pekerjaan melalui Selangor Kerjaya, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://www.selangorkerjaya.com.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang
  3. Isi maklumat berikut
    i) Maklumat peribadi
    ii) Kelayakan tertinggi
    iii) Maklumat pekerjaan
  4. Tandakan tanda ‘Betul’ dalam kotak yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Sumbit
Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan untuk menyediakan 10,000 peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran tenaga melalui kaedah ‘profiling’, ‘upskilling’ dan ‘job placement‘ dalam tempoh 3 tahun akan datangMengenai Selangor Kerjaya

Apa yang perlu anda lakukan?

 Pastikan anda lakukan Lima langkah mudah ini;

1: Lengkapkan borang pendaftaran anda

2:Muat naik resume anda dan lengkapkan ujian profil pintar

3: Hadiri sesi temuduga yang ditetapkan.

4: Mula bekerja. Ambil langkah pertama anda ke arah masa depan yang lebih baik

5: Latihan akan diberikan untuk untuk kekal berdaya saing.

Mengapa Selangor Kerjaya?

Terdapat 3 keistimewaan utama untuk para pemohon yang memohon pekerjaan melalui platform ini iaitu:

  • Pelbagai peluang pekerjaan yang ekslusif untuk warga Selangor sahaja.
  • Pemadanan kerjaya dengan pemprofilan pintar bagi para pemohon untuk memilih kerjaya yang sesuai.
  • Latihan-latihan profesional serta akses pembelajaran atas talian disediakan selama 12 bulan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila layari laman web https://www.selangorkerjaya.com.my/ atau menghubungi talian 012 717 5774.


Post a Comment

0 Comments