MGID ads

[TERKINI] : Permohonan Rumah Mampu Milik Golongan B40 2021 Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang!



Untuk pengetahuan anda, TEDUH adalah merupakan portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang 'one-stop centre' bagi individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT. 


SYARAT DAN KELAYAKAN


Skim PPR Disewa

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun keatas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri

Skim PPR Dimiliki
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun keatas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri.

Pemohon Skim PR1MA
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang / Berkahwin atau berumur 21 tahun ke atas
  3. PRIMA ada pembelian rumah pertama atau kedua
  4. Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah

CARA MEMOHON

Daftar Akaun Pemohon
  1. Sila pastikan bahawa pemohon yang ingin melakukan permohonan PPR Disewa, pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti pada pautan yang telah disediakan. Pastikan bahawa pemohon klik pada pautan yang telah disediakan. 
  2. Link membuat akaun - klik DI SINI
  3. Sila pastikan bahawa pemohon mengisi segala maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat email. 

Pergi Email Untuk Lakukan Pengesahan
  1. Sila pastikan bahawa email yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Para pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru. 
  4. Setelah anda klik pautan berwarna biru, pemohon diminta untuk memasukkan kata laluan. Sila pastikan bahawa kata laluan yang diisi harus diingat. 



Sila Pilih Skim Yang Anda Inginkan
  1. Untuk permohonan sila pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca kesemua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang diiginkan"
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan dan maklumat tanggungan. 



Dokumen Sokongan
  1. Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Sila pastikan semua dokumen yang dihantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

Pengesahan
  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar. 
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke langkah seterusnya. 


Post a Comment

0 Comments