Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 ~ Tarikh Tutup Pendaftaran 30 April 2021!


Bagi ibu bapa dan para penjaga yang ingin mendafatarkan anak mereka ke tahun 1 sesi 2022/2023, anda boleh membuat pendaftaran sekolah secara online sehingga 30 April ini.
Permohonan ini dibuka sejak 1 Mac 2021 lagi dan ianya terbuka untuk seluruh Malaysia
Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terkini dan cara untuk melakukan pendaftaran.

SYARAT PENDAFTARAN
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 bagi sesi 2022
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 bagi sesi 2023
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- 30 April 2021
CARA PERMOHONAN
- Secara atas talian melalui portal https://public.moe.gov.my/
- Secara manual melalui pendaftaran di sekolah
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE
Jika belum mendaftar akaun:-
- Buka laman web https://public.moe.gov.my/
- Tekan butang PENGGUNA BARU
- Isi maklumat diri dan maklumat akuan
- Setelah selesai, tekan butang Daftar.
Selepas membuat pendaftaran akaun:-
- Masuk ke halaman utama
- Masukkan ID dan kata laluan dan tekan butang DAFTAR MASUK
- Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan)
- Isi nombor mykid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
- Kemudian isi maklumat murid dan maklumat kesihatan
- Setelah selesai, tekan butang simpan dan klik seterusnya
- Untuk makluman, jika anda membuat pilihan "Ya" pada ruangan status OKU pada maklumat murid, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam maklumat permohnan.
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Jika berpuas hati dengan maklumat yang di isi, anda boleh terus ke bahagian Perakuan.
- Semak setiap maklumat yang dipaparkan pada bahagian Perakuan dan klik Perakuan Benar dan tekan Hantar.
- Status permohonan murid akan dipaparkan
- Anda boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan bagi tujuan rujukan.
Panduan Pendaftaran Pengguna - KLIK SINI
Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian - KLIK SINI
Baca juga Cara Isi Maklumat Imunisasi Tahun 1 - KLIK SINI
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri masing-masing di pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi
Semoga artikel ini memberi kemudahaan dan manfaat kepada anda semua.
SUMBER: mingguankerja.my
Post a Comment
0 Comments