RASMI : Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun Tahun 2021
Pasti ramai yang sedang menanti bilakah tarikh rasmi pembayaran i-Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Persoalan yang paling utama ialah bila tarikh akhir pembayaran i-Sinar ini.
Seperti yang kita semua ketahui bahawa ramai yang telah menerima pembayaran i-Sinar bermula Januari lalu. Oleh yang demikian, disebabkan tempoh pembayaran i-Sinar adalah selama 6 bulan sahaja, bulan 6 ini adalah merupakan bayaran terakhir bagi bantuan i-Sinar KWSP ini. Oleh itu, bagi mereka yang dikreditkan pembayaran bermula Januari, ini merupakan bulan terakhir pembayaran mereka.
Kali ini pasukan Salam Kerjaya akan kongsikan kepada anda semua maklumat terkini pembayaran i-Sinar KWSP bulan Jun 2021 ini.
TARIKH BAYARAN i-SINAR JUN 2021
Seperti sebelum ini, bayaran bagi i-Sinar bulan Jun akan dilakukan secara berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada:
1 Jun sehingga 10 Jun 2021
Pada kebiasaannya, pengkreditan amaun ke dalam akaun bank masing-masing adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung pada bank masing-masing.
MAKLUMAT PEMBAYARAN i-SINAR
Bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti yang berikut:
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan peratama (jika bayaran pertama pada 6 Mac, bulan seterusnya juga anda akan dapat pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika ianya jatuh pada hari bekerja)
- Maksimum dalam teempoh 2 minggu atau
- Sebelum akhir bulan
- Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
- Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
- Klik pada i-Sinar dalam jadual barisan kedua.
- Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
- Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021
Post a Comment
0 Comments