Bantuan Kerajaan
I-Sinar Ogos : Tarikh Pembayaran Bermula 26 & 27 Julai 2021
Pembayaran bagi i-Sinar KWSP bagi bulan Ogos akan diawalkan kepada tarikh 26 dan 27 Julai 2021 dan akan dikreditkan terus ke akaun ahli. Oleh itu, anda bolehlah menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli).
Tarikh Dan Tempoh Pembayaran i-Sinar
Bayaran bagi i-Sinar akan bermula pada 26 dan 27 Julai 2021. Pengkreditan amaun ke akaun bank akan mengambil masa 1 - 5 hari masa berkerja dan bergantung kepada prosedur bank anda.
Cara Membuat Semakan Status i-Sinar
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran i-Sinar:
- Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member.
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal Histrory di ruangan sebelah kiri.
- Klik pada i-sinar dalam jadual barisan kedua.
- Status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalah tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkaitan i-Sinaar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
Post a Comment
0 Comments