MGID ads

Semakan & Permohonan Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri



Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan sebenarnya ada menyediakan sebuah Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk golongan yang berpendapatan rendah. Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini juga adalah bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka. 


Berikut kami kongsikan kepada anda tentang cara memohon dan syarat kelayakan untuk memohon bantuan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini. 


SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 71 tahun
  • Bekerja & mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
  • Belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. 
  • Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga. 

SYARAT PINJAMAN
  • Had pinjaman maksimum RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran



SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45-70 tahun dengan syarat penama kedua mestilah berumur di antara 21 hingga 35 tahun. 
  • Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan. 
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja. 
  • Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon. 

SYARAT PEMBINAAN RUMAH
  • Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700-1,000 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur)
  • Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja dan tidak boleh menggunakan pelan sendiri. 
  • Mendapatkan kelulusan pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  • Mempunyai pendaftaran syarikat atau perakuan CIDB yang masih sah
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000 
  • Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan dengan bidang pembinaan. 

CARA MEMOHON

Sila isi borang permohonan dan hantar ke alamat yang tertera pada muka depan borang permohonan. Sila klik DI SINI untuk mendapatkan borang permohonan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan skim bantuan perumahan, anda boleh menghubungi: 

Bahagian Pengurusan Perumahan 
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.

Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my

Post a Comment

0 Comments