Permohonan e-Appointment Bank Rakyat Secara Online 2021
Ketika anda ingin berurusan dengan Bank Rakyat, tapi terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak urusan anda akan menjadi lebih rumit dan kemungkinan anda akan membatalkan hasrat untuk berurusan pada masa itu.
Anda tidak perlu risau lagi, kini Bank Rakyat telah memperkenalkan sistem e-Appointment bagi memudahkan urusan anda. Sekiranya anda ingin berurusan di Bank Rakyat anda kini boleh membuat temujanji Bank Rakyat Online terlebih dahulu.
Tapi bagaimana pula cara untuk membuat temujanji Bank Rakyat Online ni? Berikut dikongsikan cara-cara membuat temujanji secara online.
Apakah e-Appointment Bank Rakyat?
- Ar-Rahnu
- Transaksi Perbankan
Cara Tempah Slot Janji Temu Bank Rakyat Online (e-Appointment)
- Pilih negeri anda berada
- Pilih jenis perkhidmatan (Ar-Rahnu/Transaksi Perbankan)
- Pilih perkhidmatan Anda Ingin (urusan yang ingin dilakukan)
- Pilih cawangan yang berhampiran dengan anda
- Pilih tarikh dan masa
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap pada ruangan yang disediakan
- Sila sahkan maklumat anda
- SMS atau e-mel yang diterima oleh pelanggan
Semakan Janji Temu Bank Rakyat Online
- Layari laman web rasmi Bank Rakyat di pautan https://appointment.bankrakyat.com.my/
- Klik semak janji temu
- Masukkan nombor tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
- Klik Search
- Informasi tempahan Janji Temu akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
- Hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454
- Media sosial Bank Rakyat (Instagram, Facebook dan Twitter)
- FAQ Janji Temu Elektronik (KLIK SINI)
Post a Comment
0 Comments