Semakan Permohonan Rayuan BPR Dibuka Bermula Ogos 2021
Berita baik buat anda semua kerana semakan permohonan rayuan BPR Fasa 2 kini boleh disemak bermula pada bulan Ogos 2021 ini. Untuk makluman, tarikh permohonan rasmi untuk rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua ini ialah pada 15 Jun hingga 30 Jun 2021.
Berikut adalah merupakan maklumat penuh berkaitan dengan jumlah bantuan yang akan anda terima berserta semakan permohonan rayuan bpr secara online. Semoga bermanfaat.
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021
Kepada individu yang telah membuat permohonan rayuan akan boleh memperolehi keputusan semakan status permohonan dalam bulan Ogos 2021 ini.
JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
- Kurang dari 1 anak: RM500
- 2 anak dan ke atas: RM1,100
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM4,000
- Kurang dari 1 anak: RM200
- 2 anak dan ke atas: RM600
Pendapatan Isi Rumah RM4,001 - RM5,000
- Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
- Kurang dari 1 anak: RM100
- 2 anak dan ke atas: RM200
- Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Tekan butang "Semak Status"
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan
- 05 - Perlu pengesahan pada maklumat pengenalan pasangan anda.
- 12 - Pemohon adalah pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti terhad
- 36 - Pemohon atau pasangan anda merupakan penerima GKP
- 31 - Perlu pengesahan status perkahwinan.
- 39 - Pendapatan isi rumah anda melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan.
LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Post a Comment
0 Comments