MGID ads

Cara Memohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Tahun 2021





Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana melalui belanjawan 2021 yang lalu Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan warga emas Malaysia akan diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan, sila ikuti segala langkah yang dinyatakan di bawah ini:
  • Sila layari ebantuanjkm
  • Sila klik pada butang daftar permohonan.
  • Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan.
  • Setelah selesai, klik butang daftar.
  • Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk di sini - klik DI SINI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT


Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments