TEDUH : Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40
Tahukah anda bahawa Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai program TEDUH.
Untuk makluman, TEDUH adalah merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan dengan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang "One-Stop Centre" kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUH
PPAM
Skim PPAM adalah merupakan sebuah skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
SPP
Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan bagi golongan berpendapatan rendah.
PPR DIMILIKI
PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.
PPR DISEWA
PR1MA
PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.RUMAH TRANSIT
PPAM
- Warganegara Malaysia
- Penjawat Awam
- Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
- Boleh memohon lebih dari satu projek
- Moratorium 10 tahun.
Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM - KLIK SINI
SPP
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun hinggan 70 tahun.
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
- Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
- Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
PPR DIMILIKI
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
PPR DISEWA
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
PR1MA
- Warganegara Malaysia
- Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan
- PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
- Pemohon telah berkahwin
- Pemohon berumur antara 18 - 30 tahun
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
DAFTAR AKAUN PEMOHON
- Daftar akaun di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel)
BUKA EMEL
- Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif
- Pemohon akan menerima emel sejurus melakukan pendaftaran di sprn
- Klik pautan yang diberikan untuk membuat pengesahan dan pemohon akan diminta untuk masukkan password.
- Pastikan password yang diisi harus diingat
PILIH SKIM
- Pilih skim yang diinginkan (Setakat ini, Skim PPR Dimiliki dan PPR Disewa sahaja yang tersedia)
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan
- Isikan semua maklumat yang diperlukan
DOKUMEN SOKONGAN
- Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
- Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.
PENGESAHAN
- Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan
- Dan siap!
Post a Comment
0 Comments