MGID ads

[TERKINI]: Kerajaan Umum Bantuan RM350 Untuk Golongan Bujang Di Seluruh Malaysia 2021


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah. 


Berikut kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh golongan bujang. 


KADAR BANTUAN

Untuk makluman, berikut adalah merupakan jumlah bantuan BKM yang akan diberikan kepada golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah: 

  • RM350

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk penerima BKM golongan bujang:
  • Merupakan seorang bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat. 
  • Had umur adalah 21 - 59 tahun. 
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. 

TARIKH PEMBAYARAN

Untuk makluman, setakat ni masih belum terdapat tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM Bujang ini akan dilaksanakan. Kami akan kongsikan tarikh pembayaran dari semasa ke semasa. 

CARA MEMOHON

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan. 

Namun begitu, permohonan baru BKM perlu dilakukan sekiranya tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. 

TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa). 



MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkaitan pembentangan bajet 2022 anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/ 

Post a Comment

0 Comments