Cara Claim RM150 Kredit E-Wallet Januari 2022 Untuk Rakyat Malaysia
Tahukah anda, kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan (eWallet Belia 2022).
Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart untuk makluman bersama.
Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet Belia berikut:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- BigPay
Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.
Post a Comment
0 Comments