[RASMI]: Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM Untuk Keluarga B40
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bagi tujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberikan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar yang layak. Namun bagi tahun 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150.
Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan dengan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
- Pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2022/2023 kepada murid akan mula diagihkan pada 17 Januari 2022.
- Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.
Post a Comment
0 Comments