Permohonan Online
Skim MySalam : Permohonan Bantuan Kewangan RM700 Seorang Untuk B40
Tahukah anda? Terdapat satu bantuan yang anda boleh terima secara automatik tanpa perlu membuat permohonan iaitu bantuan MySalam. MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.
Manfaat MySalam
Berikut dikongsikan manfaat yang akan diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut:
Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan
Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Syarat Kelayakan MySalam
Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk MySalam:
Individu yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
Individu OKU berumur antara 18 sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.
Cara Menebus MySalam
- Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
- Semakan boleh dibuat menerusi pautan MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS
- Tetapi jika anda layak dan tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi di talian 1-300-888-938
Senarai Penyakit Yang Boleh Dituntut RM700
Berikut adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus MySalam:
- Meningitis Bakteria
- Alzheimer / Demensia teruk
- Kanser
- Pembedahan Otak
- Koma
- AIDS gejala penuh
- Serangan jantung
- Jangkitan HIV
- Strik . angin ahmar
- HIV
- Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain - rujuk DISINI
Post a Comment
0 Comments