Semakan Online
RASMI : Borang Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 - Mohon Sekarang!
Kenaikan harga barangan sejak dua menjak ini kadang-kala mendesak kita untuk menggunakan segala kewangan yang kita ada. Disebabkan keadaan ekonomi yang makin gawat kini, ramai yang berpakat untuk menggalakkan kerajaan memperkenalkan pengeluaran khas KWSP bagi kali yang kedua.
Tujuan utama desakan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini.
Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Mungkin terdapat daripada segelintir rakyat Malaysia yang kurang bersetuju dengan pengeluaran ini tetapi ianya terpulang kepada setiap individu. Majoriti rakyat Malaysia pada ketika ini berpendapat bahawa duit KWSP adalah merupakan duit mereka dan mereka berhak untuk menggunakannya lebih-lebih lagi pada waktu yang terdesak seperti hari ini.
Jika anda membaca ini, anda tergolong dalam segelintir yang memerlukan bantuan kewangan. Sila suarakan sokongan anda terhadap pengeluaran kali ini yang mana ianya diketuai oleh Tuan Azmie Bugis - AB.
Borang Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana baru-baru ini pihak Tuan Azmie Bugis - AB telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa mereka akan menyediakan sebuah borang tuntutan pengeluaran khas KWSP 2.0 yang mana ianya adalah betujuan untuk memastikan bahawa mereka yang benar-benar ingin bersama dalam memperjuangkan pengeluaran khas KWSP 2.0 kali ini bergerak bersama.
Untuk makluman, anda hanya perlu mengisi serta melengkapkan borang tuntutan pengeluaran khas KWSP 2.0 tersebut sebelum 31 Julai 2022 ini.
Kepada mereka yang belum mengisi borang tersebut, anda boleh mengisi dan melengkapkan borang tersebut melalui pautan di bawah ini. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan!
BORANG TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Di Telegram, sekitar 170,000 Rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel yang memberikan informasi terkini berkaitan bantuan kerajaan dan kerjaya di Malaysia.
JOIN TELEGRAM DI SINI
Cara Semak Baki Akaun 1 KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
3. Untuk membuat semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'
4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.
Semoga segala urusan pengeluran khas KWSP 2.0 kita semua dipermudahkan.
Post a Comment
0 Comments