Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 - 2024
Semakan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)
Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM1200.
Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Baca Juga :
- Bayaran STR 2024 Fasa 1 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
- Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd ~ Gaji Sehingga RM8,334.00 / Tarikh Tutup 09 Februari 2024
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.Semakan Status MyKasih 2024
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melalui pautan berikut;- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Semakan Melalui Portal MyKasih
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Tarikh Bayaran Bantuan RM100 (SARA)
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 dijangka akan mula disalurkan bermula 22 Januari 2024 (RM100 / sebulan) bagi yang berstatus Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.Manakala bagi penerima isi rumah STR, bujang dan warga emas, tarikh bayaran akan diumumkan kelak.
Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.
Post a Comment
0 Comments