MGID ads

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ~ Minima PMR/PT3 Layak Memohon / Tarikh Tutup 08 Mac 2024

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tahun 2024.

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Alamat: Pejabat FAMA Daerah Sepang Lot 4002, Jalan Air Hitam, 43800 Dengkil Selangor.

Tentang FAMA:

Apa itu FAMA?

FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 dan bertindak sebagai agensi pemasaran yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA menggalas tanggungjawab dalam memasarkan produk berorientasikan agromakanan seperti:

  • Sayur - sayuran
  • Buah - buahan
  • Bunga - bungaan
Pemasaran juga berlaku kepada produk daripada industri makanan dan asas tani.

Sektor Pemasaran

FAMA berusaha mengembang pemasaran di peringkat domestik dan antarabangsa. Tugas yang dilakukan adalah memperluaskan saiz pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar. Selain itu, FAMA berperanan dalam memastikan produk pertanian dan juga industri makanan diperoleh dalam harga yang munasabah  dan mampu dibeli pengguna.

Oleh yang demikian, FAMA merangka beberapa strategi untuk memastikan ia berjaya dilakukan antaranya:

  • Pembangunan Pasaran
  • Pembangunan Infrastruktur Pasaran
  • Pembangunan Keusahawanan
  • Pembangunan Pemasaran Produk
  • Pembangunan Regulasi Pemasaran

Peranan FAMA amat penting di dalam dunia pemasaran di Malaysia. Anda boleh menjadi sebahagian daripada elemen penting ini untuk FAMA terus memenuhi peranannya di Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan:

Gambar 1: Poster Rasmi Iklan Jawatan
  • PEKERJA UPAHAN (PEMBERSIHAN)

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 08 Mac 2024 (Jumaat)
Mohon Juga:

Syarat - Syarat Lantikan Jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki salah satu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

Bidang Tugas Jawatan:

  • Membuat kerja - kerja pembersihan pejabat
  • Pembersihan di luar bangunan (termasuk atas jalan, kawasan pakir dan kawasan berumput).
  • Mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan dibuat melalui borang permohonan dengan mengemukakan menerusi pos ke alamat penuh yang dinyatakan di iklan permohonan jawatan.

Gambar 2: Borang dan Iklan Rasmi

Gambar 3: Alamat Penuh Penghantaran Borang Permohonan

Iklan Rasmi Permohonan Jawatan: MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments