Jawatan Kosong BOMBA Julai 2024 ~ Minima Kelayakan SPM
Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:
Nama Syarikat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Tentang JBPM:
Sejarah JPBM
Tahun 1883:
Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula dengan penubuhan Bomba sukarela negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota.
Tahun 1895:
Menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap. Berkembang di setiap negeri dan diletak dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.
Tahun 1946:
Selepas Perang Dunia Kedua, 'Malayan Union Fire Services' dibentuk. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan di setiap negeri. Penyelerasan selepas itu dilakukan dengan menubuhkan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
Tahun 1976:
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan iaitu tepatnya pada 01 Januari 1976.
Tahun 1977:
Perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka mengikut jejak langkah penyatuan.
Tahun 1981:
Perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak turut disatukan iaitu pada 15 Mei 1981.
Tahun 1997:
Pada 08 Januari 1997, Jemaah Menteri bersetuju penukaran nama daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pada 21 Februari 1997, YAB Perdana Menteri ketika itu melancarkan penukaran rasmi nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.
Tahun 1998:
JBPM memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba.
Tahun 2005:
JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) TAHUN 2024
Kekosongan JPBM Perlis:
- BPP Padang Besar
- BPP Arau
- BPP Kuala Perlis
- BPP Simpang Ampat
Tarikh Tutup Permohonan:
- 19 JULAI 2024 (JUMAAT)
- Kursus Kecerdasan Buatan (AI) UTM 2024 ~ Percuma dan Sijil Pencapaian
- Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara Julai 2024 ~ 173 Kekosongan
- Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Julai 2024 ~ Pengambilan Seluruh Malaysia!
- Jawatan Kosong Maybank Julai 2024 ~ Pelbagai Jawatan!
- Jawatan Kosong Tabung Haji (TH) Ambilan Julai 2024 ~ Polis Bantuan
Syarat - Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Kelayakan minimum SPM
- Tinggi minimum (157cm-lelaki) dan (153cm-wanita)
- Berat minimum (48kg-lelaki) dan (46kg-wanita)
- BMI 19-26
- Sihat tubuh badan dan penglihatan
- Lulus ujian fizikal dan pancaindera
- Keutamaan adalah lelaki
Cara Memohon Jawatan:
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments