Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia Julai 2024
Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:
Nama Syarikat/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia
Tentang Jabatan Penjara Malaysia:
Visi:
Peneraju Perkhidmatan Korektif
Misi:
Membentuk insan produktif melalui pemulihan efektif, persekitaran kondusif dan pengintegrasian strategik
Objektif:
- PENAHANAN - Memastikan banduan/tahanan menjalani penahanan yang sah sehingga dibebaskan
- KESELAMATAN - Memastikan kawalan dan persekitaran yang selamat dan juga terjamin
- LAYANAN - Memastikan setiap banduan/tahanan diberi layanan berdasarkan undang-undang dan peraturan
- PEMULIHAN - Memastikan program pemulihan yang bersesuaian serta efektif ke atas semua kategori banduan/tahanan
- PEMASYARAKATAN - Memastikan Program Pemasyarakatan (Social Reintegration) ke atas semua banduan/tahanan dilaksanakan dengan berkesan
Fungsi:
- Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa ke atas tahanan sehingga tahanan dibebaskan.
- Memberi kawalan ke atas tahanan semasa menjalani hukuman atau penahanan serta layanan yang berperikemanusiaan.
- Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui pelbagai pendekatan.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- PERSONEL MYSTEP
Tarikh Tutup Permohonan:
- 24 JULAI 2024 (RABU)
- Jawatan Kosong MARDI Julai 2024 ~ Gaji Bermula RM1,900.00
- SKSPS PERKESO 2024 ~ Syarat Kelayakan & Manfaat/Faedah
- Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Julai 2024
- Jawatan Kosong CAAM Julai 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Pengambilan Besar-Besaran Pemandu Kenderaan Julai 2024 ~ KPWKM & Pelbagai Kementerian
Syarat Lantikan Jawatan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan
- Berpengetahuan dan mahir komputer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain
- Keutamaan kepada Pemegang SPM dan bermastautin di Melaka.
Cara Memohon Jawatan:
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan dengan tajuk e-mel:
PERMOHONAN MySTEP PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI MELAKA TAHUN 2024
ke alamat e-mel pjb_ppnmelaka@prison.gov.my
Sebarang pertanyaan lanjut hubungi:
- Puan Nur Izatie Farhana Binti Mohd Yusoff
- Puan Nadimah Binti Md Karim
- Surat Permohonan Jawatan
- Resume terkini beserta gambar berwarna
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Tamat Pengajian lengkap dengan Transkrip
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments