MGID ads

Pengambilan Khas 1,000 Guru Di Sarawak Dibuka 01 Ogos 2024

Pengenalan Pengambilan Khas Guru Di Sarawak:

Berdasarkan kenyataan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, 1,000 kekosongan jawatan guru di Sarawak akan dibuka untuk mengatasi masalah kekurangan guru di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sarawak.

Terdapat enam (6) PPD di Sarawak mempunyai masalah kekurangan guru iaitu Betong, Saratok, Subis, Kapit, Daro dan Serian. Masing-masing daerah ini mempunyai lebih 100 kekosongan jawatan.

.



Tempoh Permohonan Jawatan Guru:

Tempoh Permohonan Pengambilan Khas Guru Di Sarawak bermula 01 Ogos 2024 (Khamis) sehingga 23 Ogos 2024 (Jumaat).


Jenis Mata Pelajaran Memerlukan Guru:

  • Bahasa Melayu;
  • Bahasa Inggeris;
  • Matematik;
  • Pendidikan Moral;
  • Pemulihan;
  • Pra-Sekolah;
  • 22 pilihan mata pelajaran lain.

Baca Juga:

Syarat Kelayakan Memohon:

Pemohon yang ingin memohon hendaklah mempunyai ciri berikut:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Dengan atau Tanpa Ikhtisas Pendidikan)
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun
  • Mempunyai minat dalam bidang pendidikan
  • Calon kawasan tempatan digalakkan memohon dan keutamaan diberi mengikut lokaliti

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan Pengambilan Khas ini adalah melalui laman rasmi myspp.

  • Log masuk untuk memohon jawatan pengambilan khas guru.
  • Jika belum mempunyai akaun, daftar akaun melalui pendaftaran baharu, kemudian log masuk untuk memohon.

Imej: Keratan Laman Rasmi MYSPP Ogos 2024

LAMAN RASMI (MYSPP): MOHON DISINI

Calon yang layak dan terpilih akan menjalani:
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) - Untuk menilai perwatakan, personaliti, minat dan lain-lain.
  • Temuduga - Temuduga akan dijalankan secara bersemuka pada minggu kedua September 2024
Keputusan permohonan ini selepas semua penilaian akan diumumkan sekitar bulan Oktober atau November 2024.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments