Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 202/2024 ~ Ambilan Ogos 2024
Maklumat Syarikat/Institusi/:
Nama Syarikat/Institusi: Tentera Darat Malaysia (TDM)
Tentang Fungsi Kor / Rejimen Tentera Darat
Tentera Darat mempunyai 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing - masing. Semuanya bergantung kepada bidang tugas dan kepakaran yang dimiliki.
Merujuk kepada kepakaran, ia boleh dibahagi kepada 3 kelompok:
1. Kelompok Tempur
- Kelompok ini berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam tempur. Ia terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).
2. Kelompok Bantuan Tempur
- Kelompok ini terdiri daripada anggota dan sistem yang membantu Kelompok Tempur secara terus/langsung di dalam tempur. Ia terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).
3. Kelompok Bantuan Perkhidmatan
- Kelompok ini terdiri daripada anggota dan sistem yang membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam aspek logistik, selenggaraan dan lain-lain perkhidmatan pentadbiran. Ia terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
4. Askar Wataniah
- Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang terdiri dari anggota sukarelawan. Ia digelar barisan kedua dalam mempertahankan negara.
- Anggota setanding anggota tetap dalam soal kemahiran dan ada yang memilki kepakaran tertentu seperti Telekomunikasi.
Jawatan Yang Ditawarkan TDM:
- PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 2O2/2024
Tarikh Tutup TDM:
- 31 OGOS 2024 (SABTU)
- Olimpik Paris 2024: Jenis-Jenis Acara Basikal Trek & Acara Disertai Atlet Malaysia
- Jawatan Kosong Sabah Electricity (SESB) Ogos 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Jawatan Kosong PERHILITAN Ogos 2024 ~ 116 Kekosongan Jawatan
- Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia Ogos 2024 ~ Gaji Sehingga RM9,618.00
- Tiktok Awards Malaysia 2024: Senarai Calon, Cara Mengundi & Pembelian Tiket
Syarat Asas Permohonan Jawatan Perajurit Muda 202/2024:
- Warganegara Malaysia
- Umur - Berumur 18-25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah
- Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata dan kanta dan tidak rabun warna
- Pendengaran - Tahap pendengaran baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Fizikal - Tahap kecergasan jasmani yang tinggi
- Taraf Kesihatan - Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah dan penyakit kronik.
- Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah - Tiada rekod lampau berkaitan jenayah
Syarat Fizikal Jawatan Perajurit Muda 202/2024:
- Lelaki - Minima 1.62 m
- Lelaki - Minima 47.5 kg
- Lelaki - BMI antara 18 hingga 26.9
Kelayakan Akademik Jawatan Perajurit Muda 202/2024:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf [Gaji Permulaan RM1,564.00]
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf [Gaji Permulaan RM1,564.00]
- SPM & SKM Tahap 2 atau setaraf [Gaji Permulaan RM1,630.00]
- SPM & SKM Tahap 3 [Gaji Permulaan RM1,696.00]
Cara Memohon Jawatan Perajurit Muda 202/2024:
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments