MGID ads

Jawatan Kosong SPP September 2024 ~ Semenanjung & Sabah

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) September 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat/Jabatan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Tempat: Semenanjung dan Sabah


Tentang SPP:

Sejarah SPP

SPP ditubuhkan pada 01 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada cadangan yang diutarakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsi mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang mana diketuai oleh Pengerusi dibantu urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha. Semua anggota SPP dilantik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian Pengambilan SPP

Bertanggungjawab menguruskan pelantikan tetap/kontrak bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

Fungsi Bahagian SPP:

  • Menguruskan permohonan dan urusan temu duga;
  • Menguruskan tawaran pelantikan;
  • Menyediakan maklumat berhubung penyiaran iklan permohonan sepanjang masa bagi jawatan yang berkaitan; dan
  • Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim perkhidmatan.

.


Jawatan Yang Ditawarkan SPP:




Imej: Iklan Rasmi Pengambilan SPP September 2024
  • PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH47, DH41 DAN DH29

Tarikh Tutup Permohonan SPP:

  • 17HB & 18 HB SEPTEMBER 2024

Baca Juga:

Syarat Asas Jawatan SPP:

Individu yang mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh SPP September 2024.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Dan syarat lain-lain dibawah

Kelayakan Akademik Memohon SPP:

  •  (Rujuk poster rasmi diatas)

Cara Memohon Jawatan SPP:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Imej: Keratan Laman Rasmi SPP
  • Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian.
  • Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  •  Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Portal Rasmi SPP: TEKAN DISINI
Iklan Rasmi Jawatan (Semenanjung) : TEKAN DISINI
Iklan Rasmi Jawatan (Sabah) : TEKAN DISINI

Selamat Memohon!

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments