Perlu Tahu! Ini Prosedur Sebelum, Semasa & Selepas Kereta Ditarik
Mengikut laporan pada tahun ini, kira - kira 1,200 kenderaan ditarik setiap bulan. Ini disebabkan kegagalan membayar ansuran bulanan yang ditetapkan.
Angka ini sudah tentu bukan nilai yang kecil. Namun begitu, tiada seorang pun yang meminta hal ini terjadi.
Sekiranya penarikan kenderaan berlaku juga kepada anda, maka anda perlu tahu beberapa perkara sebelum dan semasa penarikan kenderaan berlaku.
Pengenalan Konsep Sewa-Beli:
Kemudian apabila masuk kepada topik tentang kenderaan atau pinjaman kenderaan, akan ada dua pihak yang terlibat iaitu penyewa dan pemilik. Siapa mereka ini?
Penyewa - Mereka yang membeli kereta, kereta yang dibeli masih dikira dalam sewaan selagi bayaran belum habis dibayar sepenuhnya (setelah bayar penuh baru kenderaan dimiliki sepenuhnya)
Pemilik - Tempat penyewa meminjam, selalunya institusi kewangan seperti bank. Institusi ini kiranya memiliki (pemunya) kenderaan ini sehingga penyewa tadi habis membayar.
Hak Menarik Kenderaan:
Seperti yang telah dijelaskan, pemilik iaitu bank menjadi 'pemunya' sesebuah kenderaan itu sehingga penyewa membayar sepenuhnya.
Sekiranya seorang penyewa itu gagal membayar, si pemilik mempunyai hak untuk menarik kenderaan atau kereta tersebut dari si penyewa. Sebelum penarikan dibuat, ada beberapa prosedur penarikan kenderaan perlu dilakukan dan bukannya terus tarik. Ini yang perlu semua orang ketahui.
Sebelum Penarikan Kenderaan:
- Pihak bank akan menghantar Notis Jadual Keempat kepada penyewa untuk menarik kereta kerana tidak membayar dan akan turut dikenakan Perintah Mahkamah (hanya jika bayaran sudah dibuat lebih 75% dari jumlah penuh). Tempoh 21 hari diberi untuk peluang membayar semua tunggakan.
- Setelah tamat 21 hari dan masih juga bayaran tidak dibuat, Notis seterusnya iaitu Notis Niat Menarikbalik Kenderaan dibawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan 2011) dikeluarkan dan sekali lagi diberi masa tetapi lebih singkat iaitu 14 hari untuk membayar.
- Setelah tempoh diberi selama 14 hari tamat, Bank akan mengeluarkan satu perintah untuk menarik kenderaan terlibat kepada Ejen Perolehan Semula (EPS).
Ejen Perolehan Semula (EPS)
- Menunjukkan permit yang sah
- Menunjukkan kad pengenalan
- Mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau mahkamah
- EPS bertemu dan berkomunikasi terus dengan anda semasa proses menarik kereta
Semasa Penarikan Kenderaan:
- Nama Ejen yang menarik
- Nombor Permit Ejen
- Nama dan Alamat Bank
- Tempat dan lokasi menyimpan kenderaan yang ditarik
Hak Anda (Penyewa) Yang Perlu Dihormati Oleh EPS:
- Kereta yang terletak di dalam pagar rumah tidak boleh ditarik.
- Hanya Ejen penarik kereta yang sah iaitu telah berdaftar boleh lakukan penarikan.
- Ejen perlu bersikap baik, profesional dan tidak menggunakan kekerasan.
- Masa kenderaan untuk ditarik hanya boleh dilaksana pada waktu tertentu iaitu pukul 9 pagi - 9 malam sahaja.
- Diberi peluang mengambil semua barang berharga penyewa di dalam kenderaan.
Selepas Penarikan Kenderaan:
Selepas kenderaan ditarik, penyewa akan:
- Menerima Notis Jadual Kelima daripada Bank dalam tempoh 21 hari.
- Tempoh ini memberi peluang kepada anda (penyewa) untuk membayar semua tunggakan dan hutang kepada pihak bank.
- Sekiranya gagal iaitu tidak membayar selepas 21 hari dari notis diberi, pihak bank berhak menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan penyewa membeli kereta tersebut dengan harga yang lebih rendah.
Post a Comment
0 Comments