MGID ads

STR & SARA 2025 - Panduan Mudah Kira Jumlah Baharu Penerimaan


Belanjawan MADANI 2025 baru sahaja dibentangkan baru - baru ini oleh YAB Perdana Menteri. Antara yang menjadi tumpuan umum adalah tentang bantuan - bantuan yang akan diberikan untuk meringankan kos sara hidup rakyat ketika ini. 

Antara bantuan tersebut adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ringkasnya adalah bantuan kewangan daripada kerajaan membantu rakyat mendepani kos sara hidup. 

Untuk tahun ini iaitu 2024, STR telah membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan kini diteruskan untuk tahun hadapan.

Pemberian jumlah STR pada 2025 telah dinaikkan daripada RM3,700 kepada RM4,600.
Imej: Perbandingan Tahun Pemberian STR (Sumber: Fahmi Fadzil)

Satu berita yang amat positif untuk rakyat Malaysia dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan jumlah STR pada tahun hadapan. 


Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025:

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah Bantuan Tambahan untuk membantu golongan yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar.

SARA tujuannya adalah untuk membantu dalam membeli keperluan asas.

Penerima SARA meningkat daripada 700,000 penerima pada 2024 kepada 4.1 juta penerima pada 2025. 

Imej: Penerima SARA (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

SARA yang diberikan pada tahun hadapan masih sama iaitu RM100 secara bulanan.
Imej: Jumlah SARA 2025 (Sumber: Fahmi Fadzil)



Pecahan Kadar Bantuan STR & SARA 2025:

Bila sebut tentang STR, akan ada beberapa pecahan kategori penerima dan kategori bantuan/pendapatan bulanan berdasarkan kriteria seperti:
  • Telah berkahwin (Isi Rumah)
  • Belum Berkahwin (Bujang)
  • Warga Emas Tiada Pasangan
Daripada kategori inilah dikenal pasti jumlah yang akan diterima oleh seorang penerima yang layak berdasarkan statusnya. Begitu juga dengan kadar penerimaan SARA.

Selain itu, bilangan anak untuk Isi Rumah juga diambil kira dalam penentuan kadar STR. Rujuk jadual di bawah:

Imej: Jadual STR & SARA Tahun 2025
    Mereka yang dikategorikan sebagai Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan juga bantuan Tambahan SARA maksimum RM1,200 sebulan walau RM900 telah diperolehi daripada SARA.

    Untuk lebih memahami, contoh pengiraannya seperti berikut:

    Contoh seorang penerima bernama Abu, gaji beliau termasuk kategori RM2,500 kebawah dan beliau mempunyai 5 orang anak serta layak mendapat SARA.

    Maka Abu adalah kategori seperti yang digariskan berwarna merah pada jadual dibawah. 


    Jumlah yang Abu akan peroleh ialah RM3,400 untuk STR dan SARA. 

    Memandangkan Abu juga berada dalam kategori Miskin Tegar, maka Abu layak mendapat Tambahan SARA sebanyak RM1,200 / RM600 sebulan.

    Andaikan Abu mendapat jumlah RM1,200, maka Abu akan mendapat jumlah maksimum untuk STR + SARA iaitu:

    = RM3,400 + RM1,200
    = RM4,600

    Di mana jumlah ini adalah jumlah maksimum yang telah dinaikkan pada belanjawan baru-baru ini. Semuanya bergantung kepada status dan kategori anda untuk jumlah penerimaan STR dan SARA.

    Cara Menyemak Status Miskin dan Miskin Tegar:

    Untuk menyemak status miskin dan miskin tegar adalah dengan menyemak di laman rasmi e-kasih. Laman e-kasih diwujudkan untuk memudahkan semakan status dibuat sekaligus mengenal pasti mereka yang tergolong dalam miskin dan miskin tegar. 

    Laman rasmi e-kasih: TEKAN DISINI

    Cara Menyemak Kelayakan STR & SARA 2025:

    Untuk semakan kelayakan STR dan SARA, layari laman rasmi berikut:


    Kaedah Pembayaran STR & SARA 2025:

    1) STR

    STR diberikan kepada penerima melalui dua kaedah:
    • Ada akaun Bank -  Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftar
    • Tiada akaun Bank - Diberikan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)
    *tertakluk perubahan

    2) SARA

    SARA diberikan melalui MYKAD penerima secara bulanan dan untuk bantuan SARA 2025 akan disalurkan bermula April 2025.

    Imej: SARA secara bulanan (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

    Maklumat Lanjut STR & SARA 2025:

    Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh:
    Semoga bermanfaat!

    SALAMKERJAYA.COM

    Post a Comment

    0 Comments