MGID ads

Diskaun Saman PDRM Sehingga 60% Bermula 22 November 2024


Tawaran Diskaun Saman Trafik Sehingga 60%!

Pengenalan Diskaun Saman 2024:

Sempena ulang tahun kedua Kerajaan Madani didirikan iaitu sejak November 2022, Polis menawarkan diskaun bayaran saman bagi mereka yang mempunyai tunggakan saman. 

Inilah masanya untuk orang awam untuk memeriksa kembali jika ada saman yang belum terbayar atau terlupa, perlu guna peluang ini untuk bayaran yang jauh lebih murah.

Jumlah Diskaun Saman 2024:

Jumlah Diskaun Saman yang ditawarkan kali ini mencecah sehingga 60% bagi saman yang terpilih.

.


Jenis-Jenis Saman Yang Dikecualikan Diskaun:

Berikut adalah jenis-jenis saman yang dikecualikan atau tidak diberikan diskaun pada kali ini. Bermakna jika saman yang anda punya salah satu dari list dibawah, diskaun adalah tidak terpakai. 

Senarai saman terkecuali adalah seperti berikut:
  • Saman kemalangan
  • Saman Bicara Mahkamah
  • Saman Berstatus Op Selamat
  • Menggunakan Lorong Kecemasan
  • Tidak Mematuhi Lampu Isyarat
  • Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
  • Kategori N/C
  • Kesalahan Melibatkan Kenderaan Berat M/Lori
  • Memotong Di Garisan Berkembar
  • Memotong Secara Bahaya iaitu Potong "Q"

Baca Juga:


Tarikh, Masa & Tempat Diskaun Saman:

  • Tarikh tawaran diskaun ini dibuat adalah pada 22 November 2024 - 24 November 2024
  • Masa bermula jam 9.00 pagi - 6.00 petang
  • Bertempat di Pusat Konvensyen KLCC


Kaedah Pembayaran Diskaun Saman:

Pada tarikh yang telah ditetapkan diatas, sebanyak 25 kaunter pembayaran akan dibuka untuk proses pembayaran dibuat.

Aplikasi Rasmi MyBayar PDRM:

Anda boleh muat turun aplikasi rasmi PDRM melalui carian di Google Play Store.

Imej: MyBayar PDRM Di Google Play Store

Hebahan Rasmi Diskaun Saman 2024:

Imej: Hebahan Rasmi Diskaun Saman

Selamat Membayar!


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments