Jawatan Kosong PTPTN Februari 2025 ~ Minima SPM!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJdxVZLeutSDkNmMVuPp5ikrMvqIJa6UkxDfD7JOzaCbLwyWHNwKFc5hShhSLgrCAdB2xQ2cxhmPMuLH0trSNSXkn53DFBekh9YgkqFP1PlNPaNixYAkmh4rxzVgT4T66FTTihZvMOH-wcek7S3AjqY5DwboPLuj2inbMaRklaVMxmkx8U-i-jL01BMEvt/s16000/JAWATAN%20KOSONG%20PTPTN%20FEB%202025_SALAM%20KERJAYA%20(1).jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYnskTwmYECDvGC7pR1vy4AnlZ2FsEfTaRiG0LX3GXYJ1NnNsX0ex2EPZ_JmTaekJGjl7F3XfLrRzlQ_QrfrWB4sg1PX4U5QRnA_cn862bO1WBA8EcOXbzJR4dEJTBa2B7U4tNlOu8Z2T1xCwLWAxUdsXP3FXP6koAHzwFlmmUN3ARYPaXR_Jyp5NvBuMS/s16000/JOIN%20CHANNEL%20TELEGRAM.png)
Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:
Nama Syarikat/Jabatan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Tempat: Malaysia
Tentang PTPTN:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuatkuasa pada 01 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada tarikh 01 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Jawatan Yang Ditawarkan PTPTN:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5GuulkhTozJTSwckcXwIH_FMSoRR57zVXY4UNkl5UzzItQAhNH17byhh5Wn_HEkeVkgsnVGTq00RjsAldS13QOM3AEXu2c3cH-tWFnMVHvk4_zvVVYax98kSIpdEuU_haTj4YKEv-9UO3qrb6s4pt8SUjXnuNAtlG4hUIN23rhYo6oih0idc6Ko8zwJFp/s16000/ptptn-johor_.jpg)
- EKSEKUTIF JUALAN
Tarikh Tutup Permohonan PTPTN:
- 16 FEBRUARI 2025 (AHAD)
Syarat Kelayakan Jawatan PTPTN:
Individu yang mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Februari 2025.
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
Keutamaan Kepada Calon:
- Berkelulusan dan berpengalaman tinggi dalam bidang pemasaran;
- Perwatakan yang menarik;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur di dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran dalam sesi berunding dan memujuk;
- Berkebolehan dalam menganalisis dengan baik;
- Mempunyai lesen memandu dan juga kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
- Sanggup bekerja mengikut shift ditetapkan dan bekerja pada hujung minggu serta kerja pada lebih masa selepas waktu pejabat.
Cara Memohon Jawatan PTPTN:
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan mengisi Borang Permohonan.
- Pemohon juga boleh mengemukakan Resume Terkini di Pejabat PTPTN Cawangan Kluang & Batu Pahat
- Mereka yang berjaya dan melepasi pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi maklumat temuduga dan penyediaan dokumen sokongan. (Nota: Gunakan e-mel yang aktif dan boleh digunakan).
Post a Comment
0 Comments