MGID ads

Bantuan Kecemasan Sehingga RM400 Untuk Golongan Terjejas


Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) adalah merupakan bantuan yang disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji atau lain-lain alasan. 


Bantuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan golongan yang terkesan akibat pelaksaaan PKP 3.0. Kami akan kongsikan kepada anda berkaitan dengan syarat kelayakan dan cara memohon penerimaan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk di bawah ini. 


TIGA KATEGORI PENERIMA


Berikut adalah merupakan tiga kategori yang disasarkan oleh pihak MAIPk:


Kategori Pertama (Bantuan RM200 One Off) 

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga bulan Jun 2021.
  • Penerima Bantuan Kewangan: Bulanan fakir/miskin, muallaf dan anak yatim serta sewa rumah.


Kategori Kedua (Bantuan RM400 Secara One Off)

  • Golongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan/badan bukan kerajaan (NGO).
  • Golongan sasaran:
  1. Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ) dan Pondok (berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak)
  2. Peniaga pasar tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 
  3. Peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM)
  4. Usahawan Asnaf (berdaftar di MAIPk)
  5. Pemandu teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  6. Pemandu lori / pemandu bas yang berdaftar dibawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP)

Kategori Ketiga (Bantuan RM400 One Off)

  • Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai kategori pertama dan kategori kedua. 

SYARAT KELAYAKAN 

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah: 
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia 
  • Bermastautin atau bekerja di negeri Perak. 
  • Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077.00
  • Terkesan dengan pandemik covid-19 sama ada tidak dapat menjalankan urusniaga/pekerjaan harian/diberhentikan kerja/direhatkan tanpa gaji
  • Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon)
  • Ketua isi rumah atau pasangan tidak tergolong dalam kategori pertama (penerima bantuan kewangan bulanan dan sewa rumah MAIPk) atau kategori kedua. 
  • Memiliki akaun bank atas nama penerima bantuan, dan jika tiada dibenarkan atas nama pasangan atau anak sahaja. 

CARA MEMOHON

Bantuan Dana Khas semasa PKP 3.0 ini TIDAK dibuat melalui kaedah permohonan daripada individu. Kaedah penyaluran bantuan adalah mengikut kategori penerima seperti jadual berikut:

Kategori Pertama

  • Tidak perlu memohon. Bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula bulan Jun 2021. 

Kategori Kedua

  • Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut. 

Kategori Ketiga

  • Penerima bantuan kategori ini akan dikenalpasti oleh jentera kerajaan di peringkat daerah, mukim dan kampung, melibatkab penghulu mukim dan ketua kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula pada 21 Jun 2021. 

Post a Comment

0 Comments