Bantuan Tambahan RM1000 Secara One-Off Jun 2021 ~ Mohon Sekarang!
Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 telah diperkenalkan semula oleh pihak kerajaan bagi tujuan menyokong sektor perniagaan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang penuh dengan cabaran ini.
Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan GKP 3.0 ini.
APA ITU BANTUAN GKP 3.0?
Untuk makluman anda, GKP 3.0 adalah merupakan bantuan kewangan kepada para Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada para penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi tujuan meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
BACA JUGA: Permohonan Bantuan JKM RM1000 Sebulan 2021
SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN GKP 3.0 2021?
Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 - RM1,000 (one-off)
- Lulus permohonan baru GKP 3.0 - RM1,000 (one-off)
Post a Comment
0 Comments