Cara Memohon Bantuan Khas OKU RM500 Secara One-Off Tahun 2021
Melalui pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan berjumlah sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri Selangor.
Untuk makluman, bantuan khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap permohonan yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1,200 permohonan yang layak.
Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan bantuan khas OKU.
OBJEKTIF BANTUAN
Untuk pengetahuan anda, bantuan khas OKU ini disediakan dengan matlamat untuk:
- Membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap, pengurangan gaji ataupun hilang punca pendapatan bagi mereka yang berniaga.
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pemegang kad OKU JKM Selangor
- OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19
- Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di negeri Selangor atau pemastautin di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga
- Had maksima pendapatan isi rumah RM3,000.
- Borang permohonan yang telah dicetak
- Cop pengesahan mastautin bagi pemohon bukan kelahiran Selangor (pengesahan boleh dibuat terus pada borang).
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor.
- Salinan slip gaji terakhir dan surat pemberhentian pekerjaan sekiranya telah diberhentikan.
- Salinan surat pemakluman pemotongan gaji oleh majikan sekiranya gaji dipotong.
- Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (pengesahan boleh dilakukan melalui ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat).
- Salinan penyata akaun bank (tertera bank, nama penuh dan nombor akaun).
Post a Comment
0 Comments