MGID ads

Permohonan Bantuan Zakat RM500 Untuk B40 2021



Berita baik buat para penduduk golongan B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dikuatkuasakan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bantuan melalui Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0.


Tujuan utama bantuan zakat ini diwujudkan adalah bagi meringankan beban orang ramai terutamanya golongan B40 di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terkesan akibat daripada penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.


Untuk makluman anda, bantuan zakat kecemasan ini adalah bantuan ketiga yang disalurkan MAIWP selepas bantuan zakat kecemasan ketika PKP 1,0 dan PKP 2.0. Permohonan bantuan kecemasan ini telah mula dibuka secara online mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021. 




NILAI BANTUAN MAIWP 3.0


Pemohon daripada golongan B40 yang layak akan menerima bantuan kecemasan one-off sebanyak RM500 daripada pihak MAIWP. 


SYARAT PERMOHONAN


Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang ingin memohon bantuan zakat kecemasan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah merupakan golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas. 
  • Pemohon mestilah tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 
  • Pemohon tidak tergolong dalam penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP. 
  • Pemohon adalah bukan penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu: 
  • Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_Login/
  • Klik bahagian 'Sila semak dalam senarai penerima' dan masukkan nombor kad pengenalan serta klik butang 'semak'
  • Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh melakukan permohonan baharu. 
  • Klik pada bahagian 'Pengguna Baru', isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Daftar'.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan. 
  • Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan. 
  • Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan. 
  • Kemudian, klik bahagian 'Hantar Bantuan Permohonan'.
  • Kemudian klik butang 'Hantar Permohonan'.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan zakat kecemasan ini, sila hubungi talian:
  • Kuala Lumpur: 012-518 3614 / 012-512 7614 / 019-200 7623
  • Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
  • Labuan: 013-581 6066

Post a Comment

0 Comments