MGID ads

[RASMI] : Bantuan Untuk Isi Rumah & Bujang Sehingga RM1,300 Tahun 2021



Berita baik buat anda semua kerana Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengumumkan sebuah lagi pakej bantuan yang akan diberikan kepada rakyat iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). 


Untuk pengetahuan anda, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. 


BANTUAN KHAS COVID-19 RM1,300


Selepas Bantuan Pemerkasa+ RM500 sebelum ini, terbaru Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC melalui program baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion. 


Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas serta golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. 


Melalui bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima bantuan wang ringgit berjumlah RM100-RM1,300 mengikut kelayakan. 


KATEGORI BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)


Pihak kerjaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40. 


Kategori Miskin Tegar

  • Isi Rumah - RM1,300
  • Bujang - RM500

Kategori Golongan B40

  • Isi Rumah - RM800
  • Bujang - RM200

Kategori Golongan M40

  • Isi Rumah - RM250
  • Bujang - RM100

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini akan dilakukan secara tiga fasa iaitu: 
  • Fasa 1 - Ogos
  • Fasa 2 - November
  • Fasa 3 - Disember

CARA MEMOHON

Untuk bantuan ini, masih belum terdapat sebarang info yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kami akan umumkan dan kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa jika sudah terdapat pengunguman rasmi daripada pihak kerajaan. 

Post a Comment

0 Comments