MGID ads

Tarikh Akhir Bayaran i-Sinar Kategori 2 Bulan Julai 2021



Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah menerima pembayaran i-Sinar bermula Januari lalu. Disebabkan tempoh pembayaran i-Sinar adalah selama 6 bulan sahaja, bulan 6 ini merupakan bayaran terakhir bagi i-Sinar KWSP ini. Oleh itu, bagi mereka yang dikreditkan pembayaran bermula Januari, ini merupakan bulan terakhir pembayaran mereka. 


Tapi berbeza pula bagi mereka yang tergolong dalam kategori 2 yang telah melakukan pindaan, anda mungkin menerima pembayaran terakhir bermula pada bulan Julai 2021 ini. 


Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk menyemak pembayaran i-Sinar bulan Julai bagi kategori 2. 


TARIKH BAYARAN i-SINAR JULAI 2021


Seperti sebelum ini, bayaran i-Sinar akan dibuat secara berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada: 

  • 1 Julai sehingga 10 Julai 2021

Kebiasaannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing. 

CARA SEMAKAN STATUS i-SINAR MELALUI i-AKAUN

Anda boleh melakukan semakan secara terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk melakukan semakan tarikh pembayaran seterusnya. 

1. Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member 
2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
3. Semak bahagian sejarah pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri. 
4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua. 
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan. 



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web i-sinar. 

Post a Comment

0 Comments