MGID ads

Bantuan Kewangan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Bermula Ogos 2021



Untuk makluman, sejak Program Subsidi Upah (PSU) diperkenalkan pihak kerajaan telahpun membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bagi tujuan membantu para majikan untuk membayar gaji kepada sekitar  2.7 juta pekerja. Disebabkan respon positif berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telahpun bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja. 


Oleh yang demikian, melalui inisiatif PSU 4.0 ini pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan bagi tujuan membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan Program Subsidi Upah 4.0 dan RM600 untuk semua pekerja di Malaysia ini. 


BANTUAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0


Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:

  • 500 pekerja setiap majikan.
  • Kadar bayaran RM600 setiap pekerja.
  • Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti. 

Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui bantuan PSU 4.0 kali ini:
  • Tiada had gaji ditetapkan. 
  • Pihak majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000. 

CARA MEMOHON BANTUAN RM600

Untuk pengetahuan anda, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan anda. Majikan yang ingin melakukan permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut seperti langkah yang berikut:
  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online - klik DI SINI
  2. Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan. 
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh di semak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan. 

Untuk mendapatkan panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lalu. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu. 



Post a Comment

0 Comments