Bantuan Untuk Golongan Isi Rumah & Bujang Sehingga RM1,300 Tahun 2021
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu berita baik buat semua rakyat Malaysia iaitu sebuah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19.
BANTUAN KHAS COVID-19 RM1,300
Selepas Bantuan Pemerkasa+ RM500 sebelum ini, terbaru Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC melalui program baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas serta golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19.
Melalui bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima bantuan wang ringgit berjumlah RM100-RM1,300 mengikut kelayakan.
KATEGORI BANTUAN KHAS COVID-19
Pihak kerajaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40.
Kategori Miskin Tegar
- Isi Rumah - RM1,300
- Bujang - RM500
Kategori Golongan B40
- Isi Rumah - RM800
- Bujang - RM200
Kategori Golongan M40
- Isi Rumah - RM250
- Bujang - RM100
- Fasa 1 - Ogos
- Fasa 2 - November
- Fasa 3 - Disember
Post a Comment
1 Comments
Bpn belim masuk LAGI
ReplyDelete