Cara Daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Secara Online 2021 - Perniagaan Enterprise
Pada masa sekarang, seseorang mempunyai perniagaan sendiri sama ada perniagaan yang kecil-kecilan ataupun perniagaan yang besar adalah perkara biasa. Namun, tahukah anda bahawa tidak semua perniagaan yang dijalankan adalah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan khusus buat Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) iaitu bantuan Geran Khas Prihatin (GKP). Bantuan ini adalah bagi membantu peniaga-peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan mereka dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan melalui GKP.
Antara syarat yang diletakkan bagi memohon Geran Khas Prihatin ini adalah seseorang individu atau syarikat mestilah mempunyai Lesen SSM atau Lesen PBT di negeri masing-masing.
Oleh itu, berikut dikongsikan cara-cara untuk mendaftar / membuat permohonan Lesen SSM secara online.
Pendaftaran SSM Online
Soalan Lazim
1) Berapakah Yuran Pendaftaran SSM?
- RM30 jika mendaftar perniagaan menggunakan nama sendiri
- RM60 jika mendaftar perniagaan menggunakan nama lain (Enterprise/Trading/Resources dan lain-lain)
- Bergantung kepada nama perniagaan yang dipilih.
2) Apakah nombor yang boleh dihubungi?
- Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor di talian 03-7721 400
Post a Comment
0 Comments