Semakan Online
Cara Semakan & Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP Bermula 02 Ogos 2021


Seperti yang anda semua telah ketahui, semakan permohonan i-Citra telah pun bermula sejak 16 Julai 2021 dan ramai yang telah membuat permohonan juga telah lulus. Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran i-Citra pada bulan pertama akan dikreditkan ke akaun bank dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?
Sila ikuti segala maklumat dan cara melakukan semakan bantuan yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini:
SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA
Untuk pengetahuan anda, semakan tarikh pembayaran i-Citra boleh dibuat melalui dua cara iaitu di laman web i-Citra dan melalui i-Akaun.
Untuk membuat semakan pembayaran melalui laman web i-Citra:
- Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan.
- Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL.
- Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
- Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

JADUAL PEMBAYARAN BULANAN i-CITRA
Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut
Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya
Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Dan jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.
Post a Comment
0 Comments