MGID ads

[RASMI]: Bantuan Covid-19 RM300 Secara One-Off Bermula Ogos Sehingga September 2021



Berita baik semua rakyat Malaysia kerana Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pandemik Covid-19. Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah bantuan secara one-off untuk penjaja dan para peniaga kecil yang berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan bantuan berjumlah RM300 bagi setiap pemegang lesen. 


Pemberian bantuan khas ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19. Semua penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web yang disediakan sehingga 30 September 2021. 


Untuk mengetahui segala maklumat serta cara memohon bantuan ini, anda boleh rujuk pada maklumat yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini. \


KADAR BANTUAN


Penjaja dan para peniaga kecil yang layak akan mendapat bantuan secara one-off sebanyak:

  • RM300

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tempoh berikut:
  • 07 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021

SYARAT KELAYAKAN

Antara kriteria dan syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon bantuan ini adalah: 
  • Semua penjaja dan peniaga kecil termasuk peniaga pasar awam yang berlesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Lesen perniagaan mestilah aktif.
  • Pelesen yang layak adalah yang berlesen dengan MBI setakat Jun 2021. 
  • Pemohon yang telah memohon dan telah menerima bantuan dari PBT lain tidak layak memohon bantuan ini. 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama semua dokumen berikut dengan memuat naik di laman web permohonan: 
  • Salinan kad pengenalan pemohon. 
  • Penyata buku bank yang lengkap, jelas, terkini dan aktif. 

Permohonan yang lengkap beserta dokumen akan memudahkan proses permohonan dan kemasukan wang bantuan. 

CARA MEMOHON

Penjaja dan para peniaga kecil yang layak boleh melakukan permohonan dengan mengikuti segala langkah seperti yang berikut:
  1. Sila pergi ke laman https://d.mbi.gov.my/penjaja/?borang/ban_borangban
  2. Sila masukkan nombor akaun dan klik SEMAK - hanya pemohon yang layak sahaja, butiran maklumat pelesen akan dipaparkan. 
  3. Sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon yang boleh dihubungi, nombor akaun bank yang aktif, nama bank dan email.
  4. Sila tanda akuan pengesahan.
  5. Sila muat naik fail yang mengandungi salinan ic dan penyata bank (di dalam satu file)
  6. Klik HANTAR

Permohonan yang lengkap dan layak akan menerima bantuan masing-masing dalam masa 5 hari bekerja. Sekiranya permohonan dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, ini akan menyukarkan proses penyaluran duit ke akaun penerima dan mengambil masa yang lebih lama. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 05 2058047

Post a Comment

0 Comments