MGID ads

[RASMI]: Kerajaan Umum Bantuan RM500 Untuk Golongan B40 & Penerima BPR Tahun 2021




Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun mengumumkan sebuah bantuan tambahan yang berjumlah sebanyak RM500 untuk golongan B40 dan para penerima BPR melalui program PEMERKASA yang lalu.

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh semua golongan dan lapiran masyarakat. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila rujuk di bawah ini. 

BANTUAN RM500 UNTUK B40 & PENERIMA BPR

Untuk pengetahuan anda, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai PEMERKASA telah pun diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin bagi tujuan membantu semua golongan B40 yang masih terjejas dan berumur 21 hingga 60 tahun sepanjang waktu pkp dan pandemik ini.

Di samping itu, bantuan khas tambahan RM500 ini juga akan diberikan kepada para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga kepada mereka yang telah kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk menerima bantuan RM500 ini:
  • Merupakan seorang rakyat Malaysia yang berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Terdiri daripada golongan B40.
  • Para penerima BPR yang mempunyai pendapatan RM1,000 dan ke bawah atau;
  • Mereka yang kehilangan punca pendapatan.

CARA MEMOHON

Untuk makluman anda semua, bagi bantuan ini tidak terdapat sebarang proses permohonan dan pendaftaran yang perlu anda lakukan.

Sebaliknya, pihak kerajaan akan melakukan pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. Bagi mereka yang layak, mereka akan mula menerima pembayaran bermula pada bulan Jun 2021 sehingga selesai dan akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun penerima masing-masing.

Post a Comment

0 Comments