Semakan Online
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Merujuk kepada info terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).
KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.
Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohona dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di salamkerjaya akan berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.
Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.
CARA SEMAK STATUS LULUS PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik butang 'Semakan Status'
- Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
- Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/mohonkerjaya
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan.
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
5. Tekan TERUSKAN
6. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.
TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.
Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.
CARA PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP
Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.
CARA PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP
Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.
Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.
Post a Comment
0 Comments