Semakan Online
TERKINI : Bantuan Tunai RM150 Dikreditkan Hari Ini - Semak Sekarang!
Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Ianya tidak kira sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.
Salah satunya adalah melalui Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pihak Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid sekolaha, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.Menurutnya, bantuan kewangan ini penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.
Jumlah Bayaran BAP
Malah, sebelum ini pemberian BAP hanya diberikan kepada para murid dengan had pendapatan ibu bapa RM3,000 sebulan. Akan tetapi kali ini setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 tanpa kira had pendapatan Ibu Bapa.Ini bermaksud sekiranya sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP RM450
Tarikh Pembayaran BAP
Pembayaran BAP akan dilaksanakan pada bulan hadapan iaitu 12 Januari 2023 dan ini menyaksikan kenaikan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.Baca Juga:
- TERKINI : Tarikh Pembayaran Bantuan Khas RM700 Untuk Rakyat Malaysia Diumumkan!
- TERKINI : Jadual Penuh Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR)
Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan.
Yang mana bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 yang juga akan disalurkan bermula Januari 2023.
Bayaran Fasa 1 itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion dan membabitkan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
Post a Comment
0 Comments