MGID ads

Pengambilan Jawatan Kosong Telekom Malaysia Berhad (TM) Dibuka / Tarikh Tutup 29 Februari 2024


Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Telekom Malaysia (TM) telah dibuka sehingga penghujung februari ini.

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat: Telekom Malaysia Berhad (TM)

Tentang Telekom Malaysia Berhad (TM):

Telekom Malaysia Berhad (TM) mempunyai peranan yang amat penting dalam dunia digital di Malaysia. Ia menawarkan perkhidmatan komunikasi antaranya jalur lebar, keselamatan siber dan perkhidmatan pintar. 

TM mempunyai visi dan misi untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam dunia digital yang akan membantu dalam sektor:

  • Kemajuan komuniti - Berusaha menghubungkan komuniti 
  • Perniagaan tempatan - Mengembangkan perniagaan melalui kerjasama strategik
  • Memperkukuh kerajaan - Untuk terus membangun polisi yang bermanfaat buat negara. 
TM akan terus berusaha mempertingkatkan kualiti melalui penambahbaikan dan inovasi kualiti perkhidmatan pelanggan secara berterusan. Jawatan yang ditawarkan mungkin membolehkan anda menjadi sebahagian dari individu penting dalam pembangunan digital di Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan:

No.

Jawatan

Kelayakan Akademik

1.

TM Executive Leadership Industrial Training (ELIT)

Ijazah Sarjana Muda - Kejuruteraan / Telekomunikasi / Networking / IT / Sains Komputer / Komunikasi Data / Programming / Multimedia / Analytic

    2.

Pegawai Teknik (Wireman)
  • Pemegang SKM Tahap 2 dengan 1 tahun pengalaman 
  • PW1/PW2 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dengan 1 tahun pengalaman.
  • PW2/PW3 berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dengan 3 tahun pengalaman sebagai Pegawai Teknik (Wireman). [Completion of exam (Theory & Practical)]

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 29 Februari 2024 (KHAMIS)
Mohon Juga:

Tanggungjawab dan Peranan Jawatan:

        1. TM Executive Leadership Industrial Training (ELIT)

  • Jawatan yang ditawarkan ini adalah sebuah program yang dibuat untuk graduan mengembangkan kemahiran dan menimba pengalaman untuk maju di dalam dunia korporat. 
  • Program selama 8 bulan ini akan berfokus kepada latihan di dalam kelas, kemahiran insaniah secara intensif dan secara praktikal iaitu belajar melalui bekerja agar pengalaman pekerjaan sebenar dapat dirasai. 
  • Tanggungjawab daripada program ini adalah menimba pengalaman melalui apa-apa tugasan yang akan diberikan oleh individu berkaitan di dalam syarikat.

     2. Pegawai Teknik (Wireman)

  • Menguji dan menyelesaikan masalah peralatan elektrik
  • Memasang dan membaiki sistem elektrik
  • Membaca dan mentafsir skema teknikal, pelan dan kod bangunan

Kelebihan Bekerja Bersama TM:

  • Peluang berkhidmat secara profesional
  • Faedah kesihatan dan kebajikan
  • Gaji dan insentif yang menarik

Cara Memohon Jawatan di TM:

Permohonan Jawatan dibuat secara atas talian (online). Pemohon yang berminat dikehendaki ke laman rasmi TM untuk memohon jawatan.

Gambar 1: Keratan Laman Rasmi TM
Laman Rasmi Permohonan Jawatan : MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments