MGID ads

Pengeluaran KWSP Akaun 3 Mulai April Ini

KWSP Akaun 3 atau ‘Akaun Fleksibel’ dijangka akan dapat dimulakan pada April 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari 2024.

Kajian sedang dijalankan untuk menilai kaedah pengurusan Akaun 3 dengan tujuan meminimumkan impak ke atas pendapatan pencarum. Pengeluaran dari akaun ini hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan akan tertakluk kepada peratusan yang telah ditetapkan.

Baca Juga:

Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa KWSP akan membuka satu lagi akaun baru yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP). Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mendengar dan menangani keluhan rakyat, menyusuli desakan untuk pengeluaran khas.

Berikut adalah penerangan terperinci tentang cadangan untuk pengeluaran pasca persaraan berkala daripada KWSP, yang boleh dijadikan rujukan.

Apakah Akaun 3 KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai dari Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak menekankan bahawa dalam mengambil kira perkara berkaitan pengeluaran pencarum, aspek disiplin tidak boleh diabaikan untuk mengelakkan kekerapan pengeluaran yang tidak perlu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun ini dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.

Tujuan Pelaksanaan Akaun 3 KWSP

Pertimbangan terhadap pembentukan Akaun 3 oleh KWSP adalah penting dalam mengatasi isu aliran tunai dan krisis persaraan yang dihadapi.

Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Syarat & Kelebihan

Cadangan untuk melaksanakan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dikenakan kepada ahli baharu yang dilahirkan pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, Akaun ini juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Walaupun tujuan Akaun ini adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Nurhisham menyatakan bahawa Akaun 3 akan berfungsi sebagai dana kecemasan, dan oleh itu, ia mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dengan dua akaun lain. Dalam usaha untuk menguruskan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bercadang untuk memperuntukkan sekitar 3% hingga 5% daripada caruman ke Akaun 3, yang akan dikreditkan secara automatik kepada pencarum.

Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.

Tarikh Pelaksanaan Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Akaun Fleksibel ini bakal dilaksanakan pada April 2024.

Walaubagaimanapun, mekanisme pelaksanaan cadangan ini masih diteliti dan dijangka akan diumumkan pada Februari 2024 ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang pengeluaran ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Post a Comment

0 Comments