MGID ads

Program Keusahawanan JUMPER PUNB April 2024 ~ Elaun Menarik Ditawarkan!

Iklan Program Tahun 2024: Program Jumper PUNB April 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Tentang Program Jumper PUNB:

Sebuah program latihan keusahawan di bawah bimbingan mentor yang mempunyai pengalaman luas dalam industri perniagaan yang terpilih.


Jawatan/Porgram Yang Ditawarkan:

  • PELATIH JUMPER PUNB 2024

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 30 APRIL 2024 (SELASA)
Baca Juga:

Syarat Kelayakan:

  • Siswazah bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
  • Berminat atau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
  • Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat mentor yang terpilih
  • Komited menjalani program latihan sepenuh masa sehingga 8 bulan

Kelebihan/Keistimewaan:
  • Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  • Bimbingan dari mentor berpengalaman
  • Kursus keusahawanan, pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang tempoh perantisan
  • Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi yang layak
  • Pembiayaan patuh syariah

Mentor:

  • Mentor adalah Rakan Usahawan PUNB atau daripada syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB untuk melatih pelatih JUMPER.


Cara Memohon Program:

Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti di bawah:
  • Pendaftaran dan semakan kelayakan.
  • Panggilan temuduga bagi pemohon yang layak.
  • Makluman kepada pemohon yang berjaya sertai program.
  • Temuduga bersama mentor dan makluman penempatan latihan.
  • Peserta menghadiri kursus induksi dan motivasi keusahawanan.
  • Peserta lapor diri dan latihan bermula.

Borang Permohonan adalah secara dalam talian

Sebelum memohon:
  • Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal rasmi PUNB.
  • Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  • Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.
Semasa memohon:
  • Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  • Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  • Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
  • Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.

Laman Rasmi Jumper PUNB & Permohonan: MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments