MGID ads

Ini 48 Jenis Dashcam Terbaik di Pasaran Tahun 2024!



Apa itu Dashcam?

Dashboard Camera atau Dashcam adalah sebuah aksesori kenderaan yang kebiasaannya dilekat di bahagian depan dan belakang cermin kereta yang menjadi perakam ketika memandu kenderaan.

Imej: Dashcam dilekat pada cermin hadapan

Imej: Dashcam dilekat pada cermin belakang

Fungsi Dashcam:

Umumnya, Dashcam boleh berfungsi sebagai:

1. Bahan bukti rakaman jika terjadi sesuatu insiden

  • Sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini seperti kemalangan, rakaman dashcam penting sebagai bukti untuk urusan berkaitan kemalangan seperti tuntutan, claim insurans dan sebagainya.
2. Keselamatan Diri dan Kenderaan
  • Rakaman dashcam juga bertindak sebagai bukti sekiranya terdapat salah laku dan juga perbuatan khianat pihak lain terhadap kenderaan anda.


Senarai Dashcam

Imej: Senarai Dashcam Terbaik (Sumber: MIROS, 2024)

Full Camscore disini

Review Penggunaan Dashcam

Kita akan cuba lihat 3 review orang awam tentang dashcam secara rawak mengikut senarai di atas.

Kedudukan Pertama: Dashcam Model 70Mai A810

(Sumber, Channel Youtube: Aleep Just Fix)

Kedudukan ke 20: Dashcam Model AZDOME M550

(Sumber, Channel Youtube: Pendakwah Teknologi)

Kedudukan ke 27: Dashcam Model DDPAI Z40

(Sumber, Channel Youtube: MECARNIK)

Tips Membeli Dashcam

Walau senarai diatas membantu dalam memilih dashcam terbaik, namun ada juga perkara lain perlu dipertimbang sebelum memilih. 

1. Resolusi Video
  • Resolusi video perlu mempunyai resolusi minimum HD 720p untuk memastikan rakaman adalah jelas seperti no plat kereta di hadapan atau belakang kereta.

2. Simpanan memori (storage)
  • Sebelum membeli, pilih micro SD yang besar kerana anggaran sekiranya video HD 720p, ia memerlukan ruang simpanan sebesar 1GB - 2GB. 
  • Jika resolusi lebih besar, maka ruang lebih besar akan digunakan.

3. Mod Malam (Night Vision)
    • Mod malam juga penting terutama untuk anda yang sering memandu pada waktu malam. 
    • Keadaan yang gelap memerlukan dashcam yang ada kelebihan mod malam untuk rakaman yang lebih jelas.

    4. Sistem Suis On/Off
    • Dashcam yang bagus sepatutnya mempunyai sistem ini.

    5. Saiz Dashcam
    • Dashcam wujud dalam pelbagai saiz. Pilihlah saiz yang bersesuaian dan tidak mengganggu pemandu.

    6. Mod 'Loop Recording'
    • Loop-recording bermaksud sekiranya kad memori telah penuh, ia akan merakam video di atas video yang awal. Mod ini membantu dalam penyimpanan rakaman.

    7. Pemegang Dashcam
    • Pemegang dashcam juga penting kerana jika ia tidak berkualiti, maka dashcam itu akan kerap tertanggal dan terjatuh. 

    8. Waranti
    • Pastikan dashcam yang dibeli datang dengan waranti lengkap.

    Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan juga artikel ini kepada keluarga dan teman-teman anda!

    SALAMKERJAYA.COM




    Post a Comment

    0 Comments