Jawatan Kosong FAMA Mei 2024 ~ Gaji Sehingga RM3,291.00!
Maklumat Syarikat/Institusi:
Nama Syarikat: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Tentang FAMA:
Apa itu FAMA?
FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 dan bertindak sebagai agensi pemasaran yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA menggalas tanggungjawab dalam memasarkan produk berorientasikan agromakanan seperti:
- Sayur - sayuran
- Buah - buahan
- Bunga - bungaan
FAMA berusaha mengembang pemasaran di peringkat domestik dan antarabangsa. Tugas yang dilakukan adalah memperluaskan saiz pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar. Selain itu, FAMA berperanan dalam memastikan produk pertanian dan juga industri makanan diperoleh dalam harga yang munasabah dan mampu dibeli pengguna.
Oleh yang demikian, FAMA merangka beberapa strategi untuk memastikan ia berjaya dilakukan antaranya:
- Pembangunan Pasaran
- Pembangunan Infrastruktur Pasaran
- Pembangunan Keusahawanan
- Pembangunan Pemasaran Produk
- Pembangunan Regulasi Pemasaran
Peranan FAMA amat penting di dalam dunia pemasaran di Malaysia. Anda boleh menjadi sebahagian daripada elemen penting ini untuk FAMA terus memenuhi peranannya di Malaysia.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- KERANI PENTADBIRAN (5 Kekosongan)
Tarikh Tutup Permohonan:
- 12 MEI 2024 (AHAD)
- Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ~ Mohon Sekarang!
- Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) ~ Gaji Sehingga RM5,672.00!
- Pelbagai Jawatan Kosong KKM Mei 2024 ~ Ambilan Seluruh Negara!
- Pengambilan Besar-Besaran Jawatan UPM Mei 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ~ Gaji Bermula RM2,083.00!
Syarat - Syarat Lantikan Jawatan:
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, keutamaan kepada yang memiliki Diploma;
- Berumur di antara 21 sehingga 35 tahun;
- Mempunyai kemahiran baik dalam MS Ofice (MS Word, MS Excel dan MS Power Point);
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian Canva dan Google Sheet;
- Mempunyai pengalaman dalam pengurusan data (data entry, data cleaning dan lain-lain yang berkaitan);
- Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka dalan menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia untuk belajar perkara baharu;
- Mempunyai minat dalam penerbitan, penulisan laporan dan penyediaan kertas kerja;
- Sihat tubuh badan.
Bidang Tugas Jawatan:
- Membantu dalam melakukan carian maklumat yang berkaitan dengan kajian.
- Memantau pencapaian survey dan melakukan susulan kepada responden kajian supaya sasaran dapat dicapai.
- Melaksanakan proses data cleansing dan data analysis.
- Membantu dalam menyediakan laporan kajian dan penerbitan.
- Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
Cara Memohon Jawatan:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing- masing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
(e) Permohonan hendaklah dihantar ke alamat penuh dibawah:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 batu Caves,
Selangor.
CATATAN AM :
Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
IKLAN RASMI & BORANG PERMOHONAN FAMA: TEKAN DISINI
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments