Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia Mei 2024 ~ 325 Kekosongan Jawatan!
Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:
Nama Syarikat/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia
Tentang Jabatan Penjara Malaysia:
Visi
Peneraju Perkhidmatan Korektif
Misi
Membentuk insan produktif melalui pemulihan efektif, persekitaran kondusif dan pengintegrasian strategik
Objektif
- PENAHANAN - Memastikan banduan/tahanan menjalani penahanan yang sah sehingga dibebaskan
- KESELAMATAN - Memastikan kawalan dan persekitaran yang selamat dan juga terjamin
- LAYANAN - Memastikan setiap banduan/tahanan diberi layanan berdasarkan undang-undang dan peraturan
- PEMULIHAN - Memastikan program pemulihan yang bersesuaian serta efektif ke atas semua kategori banduan/tahanan
- PEMASYARAKATAN - Memastikan Program Pemasyarakatan (Social Reintegration) ke atas semua banduan/tahanan dilaksanakan dengan berkesan
- Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa ke atas tahanan sehingga tahanan dibebaskan.
- Memberi kawalan ke atas tahanan semasa menjalani hukuman atau penahanan serta layanan yang berperikemanusiaan.
- Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui pelbagai pendekatan.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- PEGAWAI PENJARA GRED KA19
Tarikh Tutup Permohonan:
- 28 MEI 2024 (SELASA)
- Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Mei 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Pelbagai Jawatan Kosong SPA9 Mei 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Pelbagai Jawatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mei 2024 ~ Mohon Sekarang!
- Ujian i-MEdSI 2024/2025 - Tarikh Ujian, Format & Tips Soalan
- Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mei 2024 ~ Mohon Sekarang!
Syarat Lantikan Jawatan Gred KA19:
- Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Gaji Permulaan: KA19: RM1,360.00
ATAU
- Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan: KA19: RM1,418.12
ATAU
- Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan: KA19: RM 1,476.24
Syarat Lantikan Tambahan Jawatan Gred KA19:
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat SPM/SVM
Cara Memohon Jawatan:
Permohonan Jawatan dibuat melalui laman rasmi SPA9.
- Log Masuk akaun di laman rasmi untuk memohon.
- Kepada yang belum mempunyai akaun, diminta melalukan pendaftaran sebelum log masuk dan memohon.
Imej: Keratan Laman Rasmi SPA |
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments