Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya (KKR) Ambilan Jun 2024 ~ Mohon Sekarang!
Maklumat Syarikat/Institusi:
Nama Syarikat: Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia
Tentang KKR:
Visi
Peneraju pembangunan infrastruktur negara dan industri pembinaan negara.
- Memperkasakan pembangunan infrastruktur negara dan pengurusan aset secara menyeluruh.
- Memperluaskan pendigitalan dalam industri pembinaan
Moto
Ke arah kesejahteraan rakyat
Fungsi KKR
- Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar-dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) negara, agar selaras dengan agenda pembangunan negara.
- Menyelaras, mengurus serta meningkatkan kompetensi sumber manusia dan juga kewangan.
- Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara khususnya laluan penting seperti jalan raya, lebuhraya dan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP).
- Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan KKR dapat dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
- Mengawal selia dan memantau semua kontrak penyelenggaraan jalan raya, cerun di Jalan Persekutuan serta BGP di bawah kawalan KKR.
- Menerajui dalam pelaksanaan Intelligence Transportation System (ITS) negara bagi meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19
Tarikh Tutup Permohonan:
- 04 JUN 2024 (SELASA)
- Jawatan Kosong JPJ Ambilan Jun 2024 ~ Minima Kelayakan SPM!
- Jawatan Kosong PUSPAKOM Mei 2024 ~ 50 Kekosongan Jawatan!
- Ini 48 Jenis Dashcam Terbaik di Pasaran Tahun 2024!
- Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Mei 2024 ~ 45 Kekosongan Jawatan!
- Pelbagai Jawatan Kosong JAKIM Mei 2024 ~ Gaji Bermula RM2,281.00!
Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Maklumat Syarat Lantikan:
- Maklumat syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan boleh dicapai melalui Laman Web EZSkim, JPA: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=3LJ18
Keperluan Bidang:
- Senarai bidang yang diperlukan boleh dirujuk melalui iklan rasmi yang dikepilkan di atas.
Cara Memohon Jawatan:
Permohonan Jawatan dibuat melalui laman rasmi SPA.
- Log Masuk akaun di laman rasmi untuk memohon.
- Kepada yang belum mempunyai akaun, diminta melalukan pendaftaran sebelum log masuk dan memohon.
Gambar: Keratan Laman Rasmi SPA |
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments